APM Sarawak sokong operasi pembenihan awan tangani cuaca kering

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Sarawak bersama agensi berkaitan melakukan persiapan bagi menjayakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kuching, hari ini. Foto APM Sarawak

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak turut terlibat dalam menjayakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) sebagai antara usaha menangani keadaan cuaca kering yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Penglibatan itu merupakan sebahagian daripada sokongan APM terhadap usaha pengurusan bencana, khususnya dalam membantu mengurangkan risiko dan kesan kemarau terhadap kawasan terjejas.

Dalam operasi berkenaan, APM Sarawak memainkan peranan sokongan menerusi penyelarasan di lapangan, pemantauan keadaan semasa serta bantuan logistik dan operasi mengikut keperluan.

ANGGOTA APM Sarawak membantu mengendalikan bahan yang digunakan dalam Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kuching, hari ini. Foto APM Sarawak

Langkah berkenaan turut melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan operasi dapat dilakukan secara teratur dan berkesan.

Kerjasama antara agensi itu penting terutama dalam menghadapi keadaan cuaca kering yang boleh memberi kesan terhadap sumber air, alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat.

APM Sarawak pada masa sama terus komited memberikan sokongan terhadap usaha kesiapsiagaan dan pengurusan bencana bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

Jurutera pemacu pembangunan mampan Sarawak

KUCHING: Jurutera memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan Sarawak yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan keperluan ekonomi serta

Van penjaja terbakar, MBKS hulur bantuan

KUCHING: Sebuah van milik seorang penjaja dilaporkan terbakar kira-kira pukul 5.00 pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.