Kelayakan asas BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan – PM Anwar

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan berita gembira itu berkata keputusan tersebut akan memanfaatkan lebih 16 juta pengguna menikmati RON95 bersubsidi.

“Manakala, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima Budi Diesel sehingga 400 liter sebulan,” kata Anwar ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada 26 Mac lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat, dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

–LAGI