Jerebu: Serian cecah IPU 412, empat kawasan merbahaya

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 412 setakat 12.00 tengah hari ini, berada dalam kategori merbahaya.

KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak semakin buruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian meningkat kepada 412 setakat 12.00 tengah hari ini, kekal pada tahap merbahaya.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Samarahan mencatat bacaan IPU 332, Kuching (304) dan Tebedu (302), masing-masing turut berada dalam kategori merbahaya.

Sri Aman pula merekodkan bacaan 228, diikuti Lundu (236) dan Lubok Antu (243), kesemuanya berada dalam kategori sangat tidak sihat.

KEADAAN sekitar Kuching diselubungi jerebu setakat 12.00 tengah hari ini ketika bacaan IPU direkodkan pada 304, berada dalam kategori merbahaya. Foto Adele Rissa

Sementara itu, Sarikei mencatat bacaan 197, Sibu (190), Bintulu (183), Mukah (176), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (159), ILP Miri (156), Lawas (114) dan Bario (121), kesemuanya berada dalam kategori tidak sihat.

Limbang pula merekodkan bacaan IPU 97, berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap merbahaya.

Oleh Adele Rissa