Senamrobik semarakkan Pesta Meradong 2026

Facebook
WhatsApp
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing dan Setiausaha MDMJ, Lau Chi Sing menyertai aktiviti senamrobik di Pentas Utama Pesta Meradong 2026, hari ini.

BINTANGOR: Aktiviti senamrobik menjadi antara pengisian Program Kesedaran Kesihatan anjuran Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) sempena Pesta Meradong 2026, sekali gus menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Program yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Meradong 2026 pagi tadi, turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Aktiviti bermula pada 8.00 pagi dengan penyertaan orang ramai yang mengikuti gerakan senamrobik secara berkumpulan dalam suasana santai dan bertenaga.

ANTARA peserta yang menyertai Program Kesedaran Kesihatan MDMJ sempena Pesta Meradong 2026, hari ini.

Penganjuran aktiviti berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat melakukan aktiviti fizikal, malah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kecergasan dan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Penyertaan masyarakat dalam aktiviti tersebut turut memperlihatkan bahawa program berbentuk riadah boleh menjadi sebahagian daripada pengisian pesta yang mampu menggalakkan interaksi dan penglibatan komuniti.

Kehadiran Ding Koung Hiing yang turut mengambil bahagian dalam senamrobik bersama-sama peserta menyerikan lagi program, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap usaha membudayakan kehidupan aktif dalam kalangan masyarakat setempat.

Program berteraskan kesihatan dan kecergasan tersebut turut memberi peluang kepada  masyarakat melakukan aktiviti fizikal bersama-sama dalam suasana santai dan meriah sempena pesta berkenaan.

Turut hadir Setiausaha MDMJ, Lau Chi Sing.

Oleh Earl Anek