Wanita warga asing ditemui maut dalam bilik berkunci

Facebook
WhatsApp
BUKA...Anggota bomba membuka pintu sebuah bilik yang berkunci dari dalam sebelum menemukan seorang wanita warga asing telah meninggal dunia di Miri malam tadi.

MIRI: Seorang wanita warga asing ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik yang berkunci dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Miri-Airport di sini malam tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng menerima panggilan pada 5.06 petang sebelum tiba di lokasi pada 5.25 petang bagi membantu membuka pintu bilik terkunci dari dalam.

Pintu bilik kemudiannya dibuka dan seorang wanita ditemui berada di dalam sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa merupakan seorang wanita warga asing berusia 39 tahun.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Oleh Liong Chai Ling