66 sepanduk pinjaman wang disyaki tanpa lesen diturunkan di Bau

Facebook
WhatsApp
SEBAHAGIAN sepanduk iklan pemberi pinjaman wang yang diturunkan menerusi Ops Vulture di sekitar Pekan Bau dan Jalan Kuching-Bau.

BAU: Sebanyak 66 sepanduk iklan pemberi pinjaman wang yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah diturunkan menerusi Ops Vulture di sekitar pekan Bau dan Jalan Kuching-Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, operasi yang dijalankan kira-kira 3.00 petang itu melibatkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Bau.

“Sepanduk berkenaan didapati digantung pada tiang elektrik, papan tanda lorong perumahan dan pokok kayu di kawasan terbabit.

“Enam nombor telefon berbeza dikenal pasti pada sepanduk tersebut, dengan jumlah sepanduk bagi setiap nombor antara enam hingga 15 keping,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haide berkata, satu laporan polis, iaitu Bau/2986/2026, dibuat berhubung operasi berkenaan.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan menurunkan iklan yang dipercayai mempromosikan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sah.

Oleh Connie Chieng

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam