Polis buru pemandu langgar lari

Facebook
WhatsApp
KETUA Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5, Jalan Bau-Krokong, berhampiran Fairy Cave.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, lelaki tempatan berusia 63 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki selepas dipercayai dilanggar dari belakang ketika berjalan pulang bersama isterinya.

“Mangsa menerima rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Bau dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Haide berkata, jenis dan nombor pendaftaran kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam