Jalan Penrissen dekat Kuching Sentral ditutup empat malam mulai malam ini

Facebook
WhatsApp
PENUTUPAN JALAN... Sebahagian Jalan Penrissen berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral akan ditutup sementara dari malam ini hingga 26 Ogos bagi melancarkan kerja pemasangan rasuk-U.

KUCHING: Sebahagian Jalan Penrissen berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral akan ditutup sementara selama empat malam bermula malam ini hingga 26 Ogos bagi memberi laluan kepada kerja pengangkutan dan pemasangan rasuk-U.

Menurut kenyataan Sarawak Metro hari ini, kerja pengangkutan rasuk-U dari tapak fabrikasi di Lebuh Raya Kuching-Samarahan ke tapak pembinaan di Jalan Penrissen akan dilaksanakan pada waktu malam bermula 11.00 malam.

Kerja pemasangan dijadualkan berlangsung sehingga 5.00 pagi keesokan harinya.

KERJA PEMASANGAN…Kerja pengangkutan dan pemasangan rasuk-U di Jalan Penrissen berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral akan dijalankan pada waktu malam bermula 11.00 malam hingga 5.00 pagi.

Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda, arahan pengurusan trafik serta had laju yang ditetapkan dan merancang perjalanan dengan sewajarnya sepanjang tempoh kerja berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian KUTS di 1300-88-5887, Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum.

Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui e-mel 555999@sarawak.gov.my atau info@mysarawakmetro.com.

Oleh Afiq Sallehi