BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menghadiri mesyuarat Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL) Ke-27 Malaysia-Brunei hari ini.
Mesyuarat tersebut membuka agenda kepada siri Mesyuarat Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL) Ke-27 Malaysia-Brunei di peringkat Menteri Luar Negeri yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Hotel Empire Brunei.
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Haji Mohd Yusof akan mengetuai delegasi negara Brunei pada mesyuarat yang dijadual bermula pada 8.30 malam ini.
Turut hadir, Menteri Luar Negeri Malaysia Dato’ Seri Mohamad Hasan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Haji Mohd Yusof.
Oleh Adeng Edrus




