SMK Saribas terima kemudahan teknologi tingkat pembelajaran interaktif

Facebook
WhatsApp
DATO Dr Richard Rapu melakukan Simbolik penyerahan kemudahan berkenaan di SMK Saribas, hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Betong

DEBAK: Usaha memperkukuh pembelajaran berasaskan teknologi terus diperkasa apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas, Debak menerima kemudahan Papan Pintar dan Televisyen Pintar bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih interaktif serta menarik.

Simbolik penyerahan kemudahan berkenaan disempurnakan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, di sekolah tersebut hari ini.

Menurut Dr Richard, penyediaan kemudahan digital amat penting bagi memastikan persekitaran pendidikan sentiasa berkembang seiring kemajuan teknologi maklumat dan keperluan pembelajaran semasa.

Katanya, penggunaan teknologi dalam bilik darjah bukan sahaja membantu guru mempelbagaikan kaedah penyampaian, malah memberi peluang kepada pelajar mengikuti PdP menerusi pendekatan lebih dinamik dan menarik.

“Pendidikan hari ini berkembang seiring dengan teknologi. Kemudahan digital seperti ini perlu dimanfaatkan dengan baik supaya guru dan pelajar mendapat nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan kepada teknologi sejak di bangku sekolah juga penting dalam membentuk generasi celik digital yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan serta bersedia menghadapi cabaran pendidikan dan alam pekerjaan pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Dr Richard berharap warga SMK Saribas dapat memanfaatkan kemudahan berkenaan secara optimum sebagai instrumen untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan keberkesanan PdP.

Beliau turut menegaskan bahawa pengintegrasian teknologi secara berkesan perlu diberi perhatian supaya kemudahan yang disediakan benar-benar memberi impak positif kepada guru dan pelajar.

Langkah memperkukuh prasarana pendidikan itu sekali gus menyokong usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih moden dan kondusif, selain memperluas penggunaan teknologi bagi melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, adaptif serta berdaya saing.

Oleh Adi Safarman

Empat pasukan mara separuh akhir PSDC 2026

KUCHING: Empat pasukan mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (Premier of Sarawak Debate Challenge Cup/PSDC) 2026 selepas