Kereta musnah terbakar di Kampung Selang Ulu

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman membabitkan sebuah kereta yang terbakar 100 peratus di Kampung Selang Ulu, Petra Jaya, petang ini. Foto JBPM.

PETRA JAYA: Sebuah kereta musnah terbakar 100 peratus dalam kejadian di Kampung Selang Ulu, di sini, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.46 petang.

“Setibanya di lokasi pada 2.05 petang, pasukan bomba mendapati sebuah kereta terbakar dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.

MUSNAH…Sebuah kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Selang Ulu, Petra Jaya, petang ini.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.22 petang.

Operasi diketuai Komander Operasi, PBK I Mohamad Nizam Bujang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.