Sembilan kawasan Sarawak masih catat IPU tidak sihat, Serian tertinggi

Facebook
WhatsApp
DATA NREB Sarawak menunjukkan Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 182 setakat 11.00 pagi tadi.

KUCHING: Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 11.00 pagi ini, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 182.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, IPD Serian mencatat bacaan 182, diikuti Kuching (171), Samarahan (170), Sri Aman (162), Sarikei (158), Mukah dan Bintulu masing-masing 151, Tebedu (150) dan Lundu (102).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Sibu mencatat bacaan 96, diikuti Samalaju (97), Lubok Antu (89), Miri dan ILP Miri masing-masing 87, Kapit (66), Lawas (62), Bario (60) dan Limbang (57), semuanya pada tahap sederhana.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.