Pertandingan busana dayak kanak-kanak platform kenali warisan budaya

Facebook
WhatsApp
ANTARA peserta Pertandingan Pakaian Tradisional Dayak Kanak-Kanak 3.0 bergambar bersama penganjur dan tetamu jemputan selepas pertandingan sempena Pameran Belia Bintulu 2026 di Pusat Membeli-belah Boulevard, Bintulu.

BINTULU: Pertandingan Pakaian Tradisional Dayak Kanak-Kanak 3.0 menjadi platform memperkenal kepelbagaian busana tradisional Dayak kepada generasi muda menerusi penyertaan 19 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun sempena Pameran Belia Bintulu 2026 di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Junior Chamber International (JCI) Jalan Tanjung Kidurong itu berlangsung di Pusat Membeli-belah Boulevard dengan penyertaan kanak-kanak dari Bintulu, Miri, Kuching, Kanowit, Selangau dan Kuala Tatau.

Pertandingan itu turut mengetengahkan busana tradisional Bidayuh, Iban dan Kenyah, selain memberi peluang kepada peserta membina keyakinan diri menerusi peragaan pakaian tradisional.

Bagi kategori perempuan, Aniah Lee Bong dari Kuching muncul juara menerusi peragaan pakaian tradisional Bidayuh, manakala Aalona Eve Vallerie dari Bintulu yang berketurunan Iban-Kenyah meraih naib juara dengan busana tradisional Kenyah.

Aleesia Amber Tan dari Bintulu, berketurunan Iban, menduduki tempat ketiga menerusi peragaan pakaian tradisional Iban.

Kategori lelaki pula menyaksikan Raphael Joel Langkan dari Bintulu muncul juara menerusi pakaian tradisional Iban, diikuti Aaron Gigez Franky dari Kanowit di tempat kedua dan Faithorieius Gerald Meling dari Bintulu di tempat ketiga.

Kesemua peserta kategori lelaki memperagakan pakaian tradisional Iban.

JCI Jalan Tanjung Kidurong berharap penganjuran pertandingan itu dapat diteruskan secara berkala bagi menggalakkan generasi muda mengenali, menghargai dan memelihara warisan budaya tempatan

Selain itu, program berkenaan dilihat mampu menjadi wadah untuk memperkenal kepelbagaian budaya Sarawak kepada masyarakat lebih luas menerusi penglibatan kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang.

Oleh Carolyne Utih

Menelusuri keindahan Gua Pari-Pari di Bau

BAU: Tersembunyi di sebalik bukit batu kapur, Gua Pari-Pari menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka khazanah alam yang seolah-olah