Lelaki disyaki terlibat kes ugutan jenayah positif dadah

Facebook
WhatsApp
SUSPEK ditahan oleh pihak JSJ IPD Meradong, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah di Sungai Kawi, didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kira-kira 2.40 petang, baru-baru ini.

Katanya, tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah di Sungai Kawi dengan merujuk laporan polis Bintangor Rpt: 1675/2026.

“Suspek tangkapan ini seterusnya dibuat saringan urin dan didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih dijalankan bersabit ugutan jenayah di Sungai Kawi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan kes jenayah atau dadah.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Orang ramai diseru supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah di daerah itu boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222.

Oleh Earl Anek