APM Marudi bantu hantar pesakit sesak nafas ke hospital Marudi

Facebook
WhatsApp
HULUR BANTUAN…APM Marudi menghanatar mangsa sesak nafas ke hospital Marudi untuk mendapatkan rawatan semalam. Foto : APM Marudi.

MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Marudi membantu menghantar seorang pesakit sesak nafas dan tidak dapat berjalan untuk mendapatkan rawatan di hospital Marudi petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, sepasukan anggota yang diketuai Leftenan (PA) Beatrice Kalang bersama tiga anggota lain bergegas ke lokasi yang terletak sekitar empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.00 petang.

Sebaik tiba di lokasi anggota dimaklumkan pengadu bahawa mangsa berusia 57 tahun, dari Lot 239, Kampung Pemindahan Marudi sesak nafas.

Anggota APM melakukan pemeriksaan awal sebelum menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mirwan berkata selepas menghantar mangsa ke hospital, anggota APM bergerak balik ke PKOD pada 2.18 petang.

Oleh Jiku Juguong