JPJ Sarawak perkasa kesiapsiagaan anggota menerusi UKJK 2026

Facebook
WhatsApp
PEMERIKSAAN kesihatan asas dan penilaian kesihatan mental dijalankan ke atas anggota serta kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2026 di Kompleks JPJ Negeri Sarawak.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melaksanakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2026 bagi memastikan tahap kesihatan, kecergasan fizikal dan kesiapsiagaan anggota penguat kuasa sentiasa berada pada tahap optimum dalam melaksanakan tugas di lapangan.

Program yang berlangsung selama dua hari di Kompleks JPJ Negeri Sarawak itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Pada hari pertama, seramai 135 anggota dan kakitangan JPJ Sarawak menjalani saringan kesihatan asas serta penilaian kesihatan mental yang dikendalikan oleh KKM, sebelum meneruskan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan pada hari kedua di bawah kendalian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Pelaksanaan UKJK merupakan antara inisiatif bagi mengenal pasti tahap kecergasan dan kesiapsiagaan anggota penguat kuasa, sekali gus memastikan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

ANGGOTA dan kakitangan JPJ Sarawak menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2026 di Kompleks JPJ Negeri Sarawak bagi menilai tahap kecergasan fizikal dan kesiapsiagaan mereka dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.

Selain itu, program berkenaan turut mencerminkan komitmen JPJ Sarawak dalam melahirkan warga kerja yang sihat, cergas, berdaya tahan serta sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Dalam pada itu, JPJ Sarawak merakamkan penghargaan kepada KKM dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak atas kerjasama dalam menjayakan UKJK 2026.

Jabatan itu berharap pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh budaya hidup sihat, di samping meningkatkan tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan warga JPJ Sarawak dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Oleh Afiq Sallehi

Sarawak anjur IDECS 2026 Oktober ini

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat