Persatuan Kebajikan Anak Dayak Limbang hulur bantuan mangsa kebakaran

Facebook
WhatsApp
PERSATUAN Kebajikan Anak Dayak Limbang-Serepak Dayak Pampang Limbang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.

LIMBANG: Persatuan Kebajikan Anak Dayak Limbang-Serepak Dayak Pampang Limbang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran yang memusnahkan empat pintu rumah sewa dan satu unit rumah sewa di Kampung Baru Medamit, Limbang, minggu lalu.

Bantuan berupa barangan keperluan makanan disalurkan kepada mangsa sebagai tanda keprihatinan persatuan dalam membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

Pihak persatuan berharap sumbangan tersebut dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa dalam meneruskan kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.