Longkang rosak di Jalan Lambir undang risiko kemalangan

Facebook
WhatsApp

MIRI: Penduduk menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera membaiki longkang yang rosak di Jalan Lambir, Taman Tunku di sini bagi mengelakkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Tinjauan Utusan Sarawak di lokasi mendapati sebahagian tebing longkang runtuh akibat hakisan sehingga menyebabkan tanah di bahu jalan mendap.

Keadaan itu dibimbangi akan menjadi lebih buruk, terutama ketika hujan lebat, sekiranya tidak dibaiki dengan segera.

BAHAYA… Keadaan tebing longkang yang runtuh akibat hakisan di Jalan Lambir, Taman Tunku, Miri menimbulkan kebimbangan penduduk kerana berisiko mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya sekiranya tidak dibaiki dengan segera.

Seorang penduduk, Yong Chiew Sii, 54, berkata Jalan Lambir merupakan antara laluan utama yang digunakan orang ramai setiap hari.

Menurutnya, kerosakan tersebut berpotensi mengancam keselamatan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa berkaitan dapat mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan dan kerja-kerja pembaikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling