Tujuh buaya ditangkap dalam operasi di Lutong

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI:  Sebanyak tujuh ekor buaya berjaya ditangkap dalam satu operasi di kawasan Lutong malam ini bagi mengurangkan risiko ancaman terhadap penduduk.

Operasi yang dijalankan oleh pasukan Eric Cat dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu berjaya menangkap buaya yang dianggarkan berukuran antara tujuh hingga 11 kaki.

Menerusi hantaran di Facebook, Eric Cat memaklumkan operasi tersebut memerlukan kerjasama erat serta pengalaman mengendalikan reptilia liar berikutan saiz buaya yang besar dan keadaan operasi yang mencabar.

DITANGKAP…Tujuh ekor buaya berjaya ditangkap oleh pasukan Eric Cat di kawasan Lutong di Miri malam ini. Foto Facebook Eric Cat

Menurutnya, kerjasama dengan SFC memastikan operasi dijalankan dengan selamat, teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, kejayaan menangkap tujuh ekor buaya itu diharap dapat meningkatkan keselamatan penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai serta kawasan yang menjadi habitat reptilia berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling