Mesyuarat selaras penyerahan bantuan lesen memandu DUN Tupong

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak mengadakan mesyuarat penyelarasan Majlis Penyerahan Bantuan Lesen Memandu DUN Tupong di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Kompleks JPJ Sarawak, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh wakil Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Sarawak, Mohamad Elly Arbi, bagi membincangkan penyelarasan gerak kerja pelaksanaan majlis penyerahan bantuan lesen memandu yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat.

MESYUARAT penyelarasan diadakan bagi memastikan pelaksanaan Majlis Penyerahan Bantuan Lesen Memandu DUN Tupong berjalan lancar dan teratur.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek perancangan dan penyelarasan pelaksanaan program bagi memastikan majlis dapat dijalankan dengan lancar, tersusun serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Melalui kerjasama erat antara JPJ Sarawak, pusat khidmat wakil rakyat, institut memandu dan agensi berkaitan, pelaksanaan program itu diharap dapat dipermudah sekali gus memastikan proses penyerahan bantuan lesen memandu berjalan lancar serta memberi manfaat kepada golongan yang layak.

Program Bantuan Lesen Memandu itu merupakan antara inisiatif untuk memperluaskan akses kepada pemilikan lesen memandu yang sah, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong usaha melahirkan pengguna jalan raya yang lebih berhemah dan bertanggungjawab.

Turut hadir ialah wakil Pusat Khidmat DUN N.6 Tupong, Institut Memandu Canggiran serta wakil agensi berkaitan yang bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan program berkenaan.