Pokok tumbang hempap atap dapur, APM Sematan tampil membantu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEMATAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sematan bertindak membantu mengalihkan sebatang pokok tumbang yang menghempap atap dapur sebuah rumah selepas menerima aduan daripada orang awam, hari ini.

Jurucakap APM Sematan berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sematan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

POKOK tumbang menghempap bahagian atap dapur sebuah rumah sebelum dialihkan oleh anggota APM. Foto APM Lundu Sematan.

Menurutnya, setibanya di lokasi, pasukan APM mendapati sebatang pokok tumbang telah menghempap bahagian atap dapur rumah pengadu.

“Anggota APM menjalankan kerja memotong dan mengalihkan pokok berkenaan bagi menghapuskan risiko bahaya kepada penghuni rumah.

ANGGOTA APM Sematan memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang menghempap atap dapur sebuah rumah sebelum menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian, hari ini. Foto APM Lundu Sematan.

“Selepas pokok berjaya dialihkan ke kawasan selamat, kerja-kerja pembersihan turut dijalankan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi berjaya diselesaikan dengan lancar dan orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi agensi penyelamat sekiranya berlaku kejadian pokok tumbang yang boleh mengancam keselamatan.

Perpaduan, belia pemacu kemajuan Sarawak

SERIAN: Semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum dan penglibatan aktif golongan belia perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan Sarawak dapat diteruskan