Kaunter pejabat imigresen UTC Kuching ditutup sementara esok

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MAKLUMAT hebahan kaunter pejabat immigresen UTC.

KUCHING: Semua urus niaga kaunter di pejabat imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching akan ditutup sementara kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan tersebut melibatkan kerja penyelenggaraan bilik proses di pejabat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kaunter pasport akan ditutup esok, 17 Julai 2026 (Jumaat) bermula 2.15 petang hingga 7.00 malam.

Bagaimanapun, waktu operasi kaunter berkenaan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 18 Julai 2026 (Sabtu) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh mengemukakannya melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) Jabatan Imigresen Malaysia.