Ismawi tinjau perkembangan Jambatan Ikonik Bandar Lawas

Facebook
WhatsApp
LAWATAN KERJA...Ismawi diiringi Pengarah Agensi Pembangunan Utara Sarawak Datu Ubaidillah Latip melakukan lawatan dan pemeriksaan fizikal Jambatan Bandar Lawas.

LAWAS, 31 Oktober: Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni, mengadakan lawatan tapak ke Jambatan Bandar Lawas bagi meninjau keadaan keseluruhan infrastruktur berkenaan.

Lawatan itu turut memberi peluang kepada delegasi menilai tahap kesiapsiagaan jambatan berkenaan bagi memastikan kemudahan infrastruktur penting itu dapat berfungsi dengan baik serta terus memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Jambatan tersebut memainkan peranan penting dalam meningkatkan jaringan perhubungan, melancarkan aliran trafik, memudahkan akses serta menyokong pertumbuhan sosioekonomi di Lawas dan kawasan sekitarnya.

Majlis prapelancaran Jambatan Ikonik Bandar Lawas dijadualkan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pada 6 November ini.

Oleh Adeng Edrus