Kelab Penyokong Liverpool Sarawak anjur majlis makan malam ulang tahun pertama

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KELAB Penyokong Liverpool Sarawak anjur majlis makan malam ulang tahun pertama.

KUCHING: Kelab Penyokong Liverpool Sarawak (KPLK) akan menganjurkan majlis makan malam ulang tahun pertama pada 19 September ini sebagai tanda meraikan setahun penubuhannya serta menghargai sokongan berterusan komuniti penyokong Liverpool FC di seluruh Sarawak.

Majlis yang dijadual berlangsung pada 7.00 malam di Penview Hotel, Kuching itu dijangka menghimpunkan penyokong Liverpool FC dari pelbagai bahagian di negeri ini.

Menurut KPLK, penganjuran majlis berkenaan bukan sahaja meraikan pencapaian kelab sepanjang setahun penubuhannya, malah bertujuan memperkukuh perpaduan, semangat kesukanan dan hubungan silaturahim dalam kalangan penyokong Liverpool FC di Sarawak.

Orang ramai, khususnya penyokong Liverpool FC, dijemput memeriahkan majlis tersebut dengan mengenakan pakaian smart casual atau pakaian berwarna serta bertemakan Liverpool FC.

Majlis itu dijangka menjadi platform mengeratkan hubungan sesama ahli serta komuniti penyokong sambil meraikan perjalanan dan perkembangan KPLK sejak ditubuhkan.

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,