Lebih banyak kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dicadang di Lebuh Raya Pan Borneo

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DATO Sri Lee Kim Shin ketika ditemui media selepas majlis pelancaran bas dua tingkat Mutiara Borneo di Kuching, hari ini. Foto Nadya Victoria

KUCHING: Lebih banyak kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lokasi strategik sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo dicadangkan bagi memenuhi keperluan pengguna, khususnya penumpang dan pengusaha bas ekspres jarak jauh.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penyediaan kemudahan tersebut penting bagi memastikan pemandu memperoleh rehat yang mencukupi, sekali gus meningkatkan keselamatan perjalanan selain memberi keselesaan kepada penumpang.

Menurut beliau, kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama semua pengusaha bas ekspres jarak jauh bagi mendapatkan pandangan mereka untuk mengenal pasti lokasi paling sesuai bagi pembinaan R&R di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Katanya, pandangan yang diperoleh akan dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk tindakan lanjut bersama JKR Malaysia memandangkan Lebuh Raya Pan Borneo berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Dengan siapnya sebahagian besar jajaran Lebuh Raya Pan Borneo, perjalanan darat antara bahagian kini menjadi lebih cepat, selamat dan mudah.

“Justeru, terdapat keperluan untuk menyediakan lebih banyak R&R di lokasi strategik sepanjang lebuh raya,” katanya.

Lee berkata, penyediaan kemudahan itu akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya, khususnya penumpang dan pengusaha bas ekspres yang melakukan perjalanan jarak jauh.

“Kemudahan R&R penting bagi memastikan pemandu mendapat rehat yang mencukupi, selain membolehkan penumpang melakukan perjalanan dengan lebih selesa dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan enam bas dua tingkat MAN Euro 5 baharu Mutiara Borneo di sini, hari ini.

Beliau berharap cadangan tersebut mendapat pertimbangan sewajarnya demi menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada semua pengguna Lebuh Raya Pan Borneo, sekali gus menyokong perkembangan sektor pengangkutan awam darat di Sarawak.

Oleh Norman B

NADMA giat nilai keperluan PPS di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang giat menilai keperluan kemudahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sarawak