Warga emas dikhuatiri hilang

Facebook
WhatsApp
KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KAPIT…Erwandy Tugor.

AKUN GIMAN

KAPIT: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) warga emas lelaki, Laga Ikok yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Nanga Merit, di sini diteruskan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, operasi SAR hari kedua diperluaskan dari 10 kilometer kepada 20 kilometer ke arah bukit.

“Terdapat kesan daun biro dan umbut dijumpai oleh penduduk rumah panjang,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita, semalam.

Katanya, sekitar 6.00 pagi Rabu lalu mangsa, Laga Ikok, 50, dilaporkan turun memburu dan kemudiannya mengambil rotan di kawasan hutan tersebut.

“Mangsa telah berjanji akan balik pada waktu tengah hari pada hari tersebut.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju dan seluar berwarna hitam. Mangsa juga selalu mengadu sakit dada dan tiada sakit kronik,” ujarnya.

Tambahnya, operasi SAR disertai oleh empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) (lima anggota), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (seorang anggota) dan penduduk rumah panjang (seramai 23 orang).

Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum dijumpai.

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh