Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Umat Islam perlu jaga solat pada awal waktu – Imam Besar Sarawak
  • TEMPATAN

Umat Islam perlu jaga solat pada awal waktu – Imam Besar Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago

TERIMA KASIH.... Dato Mustapha Kamal (kiri) menerima cenderahati daripada Mohamed Ali Raya

SIBU: Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi mengingatkan umat Islam supaya menjaga solat pada awal waktu.

Katanya, solat adalah tiang agama dan merupakan ibadah yang paling utama selepas mengucap dua kalimah syahadah. 

“Jika solat terpelihara, maka baiklah amalan yang lain. Di samping itu, kita kena jaga solat pada awal waktu. Kita sentiasa berusaha menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu sebagai tanda ketaatan dan kecintaan kepada Allah SWT.

“Kita (juga) kena solat berjemaah di masjid. Golongan lelaki khususnya digalakkan mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah kerana ganjarannya lebih besar serta mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam,” katanya.

Beliau demikian demikian pada program Ziarah Mahabbah Imam Besar Sarawak yang diadakan semalam.

KENANGAN….Para jemaah yang hadir turut bergambar dengan Dato Mustapha Kamal.

Program itu diadakan oleh Pejabat Imam Besar Sarawak, Majlis Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Istiqamah, Jalan Sukun, Lanang di sini.

Beliau turut berpesan supaya semasa mengerjakan solat perlu khusyuk.

“Solat bukan sekadar memenuhi rukun, tetapi hendaklah dihayati dengan hati yang ikhlas, memahami bacaan dan merasakan kehadiran Allah SWT.

“Untuk golongan suami, mereka kenalah mendidik keluarga supaya menjaga solat. Ibu bapa bertanggungjawab membimbing anak-anak supaya mencintai dan memelihara solat sejak dari usia kecil lagi.

“Ini kerana solat membentuk akhlak. Solat yang sempurna akan mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar serta melahirkan insan yang berdisiplin dan berakhlak mulia,” katanya.

Hadir sama Imam Bahagian Sibu, Khairil Nazri Mohd. Nizam dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Istiqomah, Mohamed Ali Raya.

Sementara itu, majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Pejabat Imam Besar Sarawak, Majlis Islam Sarawak dengan masyarakat setempat.

Ia juga bagi memperkukuhkan institusi masjid sebagai pusat ibadah, dakwah, pendidikan dan pembangunan ummah.

Selain itu, ia bertujuan untuk menyampaikan amanat serta dasar-dasar semasa berkaitan pengurusan masjid dan hal ehwal Islam kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid di samping mendekati masyarakat secara langsung bagi mengenal pasti keperluan, cabaran dan isu yang dihadapi oleh masjid serta komuniti setempat.

Program Ziarah Mahabbah Imam Besar Sarawak itu juga adalah untuk menyemarakkan syiar Islam melalui program ilmu, nasihat dan bimbingan yang mampu meningkatkan penghayatan agama dalam kalangan masyarakat.

Oleh Othman Ishak

Continue Reading

Previous: Todak Berjaya 1 juara Raja Sungai Sejijak Antarabangsa 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.