Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hormati pilihan rakyat Johor, fokus kepada tadbir urus – Fadillah
  • SEMASA

Hormati pilihan rakyat Johor, fokus kepada tadbir urus – Fadillah

Utusan Sarawak 6 hours ago
FADILLAH Yusoff ketika ditemu ramah pemberita selepas Majlis Penangguhan Regata Sejijak 2026 di jeti Kampung Sejijak hari ini.

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof menyeru semua pihak menghormati keputusan rakyat Johor susulan pilihan raya negeri yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau berkata, keutamaan kini ialah memastikan kerajaan negeri yang dipilih dapat mentadbir dan mengurus negeri dengan baik, di samping mengekalkan hubungan erat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Rakyat Johor telah membuat pilihan, jadi kita perlu menghormatinya. Yang penting selepas pemilihan ialah bagaimana negeri ditadbir dan bagaimana kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan dapat diteruskan.

“Apabila sesebuah negeri berkembang dengan baik, ia akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Regata Sejijak 2026 di sini, hari ini.

Mengulas sama ada keputusan itu merupakan mesej tertentu daripada pengundi, Fadillah enggan membuat sebarang analisis politik.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa dalam sebuah negara demokrasi, semua pihak perlu menerima keputusan rakyat dan terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita perlu menerima apa jua keputusan rakyat. Yang lebih penting ialah memastikan khidmat terbaik terus diberikan kepada negara dan rakyat,” katanya.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PRN Johor: Bersama hilang deposit di semua 15 DUN ditandingi
Next: Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.