Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Haaland dikeluarkan kerana sudah kehabisan tenaga – Solbakken
  • SUKAN

Haaland dikeluarkan kerana sudah kehabisan tenaga – Solbakken

Utusan Sarawak 7 hours ago

Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama dalam 15 perlawanan kompetitif bersama negaranya di Miami ketika dua gol Jude Bellingham membantu England mara ke separuh akhir. Foto AFP

MIAMI: Erling Haaland menjadi perhatian selepas kontroversi pertukaran pemain ketika Norway tewas 1-2 kepada England dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2026 di Miami.

Norway terlebih dahulu mengejutkan England apabila Andreas Schjelderup menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-36 menerusi hantaran silang yang dipercayai terkena kaki sebelum masuk ke gawang.

Namun England bangkit apabila Jude Bellingham menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama walaupun Norway mendakwa gol itu sepatutnya dibatalkan selepas bola dipercayai terkena kabel kamera Spidercam ketika gerakan serangan.

Kontroversi berterusan pada babak kedua apabila Torbjorn Heggem menyumbat masuk bola hasil sepakan sudut tetapi jaringan itu dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan Haaland menolak Elliot Anderson dalam kotak penalti.

Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dan Bellingham mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol Norway, Orjan Nyland untuk meletakkan England di depan pada minit ke-93.

Ketika Norway memburu gol penyamaan, pengendali, Stale Solbakken membuat keputusan mengejutkan dengan mengeluarkan Haaland pada rehat separuh masa tambahan dan memasukkan Jorgen Strand Larsen bagi menggantikan penyerang Manchester City itu.

Namun Norway gagal mencari gol diperlukan sebelum England mempertahankan kelebihan 2-1 untuk mara ke separuh akhir menentang Argentina atau Switzerland.

Mengulas keputusan menggantikan Haaland yang sudah menjaringkan tujuh gol di Piala Dunia kali ini, Solbakken berkata ‘ia bukan keputusan sukar untuk mengeluarkannya kerana dia sudah kehabisan tenaga.

“Mungkin saya patut melakukannya 10 minit lebih awal. Tetapi dia jelas menunjukkan aksi yang luar biasa pada Piala Dunia kali ini. Kami menggunakan tenaga dan kekuatannya dalam perlawanan demi perlawanan.

“Saya rasa dia juga mengalami kecederaan ringan pada separuh masa kedua selain turut keletihan. Namun dia sudah memberikan segala-galanya.

“Dia mungkin kurang bernasib baik dalam beberapa situasi tetapi menjaringkan tujuh gol dalam lima perlawanan untuk kami adalah sesuatu yang hebat,” katanya.

Selepas Norway tersingkir, Haaland mengakui dia sudah terlalu letih selepas beraksi dalam cuaca panas 32 darjah Celsius di Miami.

“Ia adalah enam minggu terbaik yang mungkin saya lalui sepanjang hidup saya.

“Ia sesuatu yang sukar dipercayai. Sukar untuk bercakap mengenainya sekarang kerana saya agak kecewa tetapi lebih 40 hari ini berlalu begitu pantas. Ia kenangan sepanjang hayat.

“Saya harap orang di tanah air bangga dengan apa yang kami lakukan. Kami patut berbangga tetapi pada masa sama, kami perlu belajar daripada perlawanan seperti ini.

“Suku akhir Piala Dunia ditentukan oleh perkara kecil dan kali ini perkara kecil itu tidak memihak kepada kami. England mempunyai pengalaman daripada kejohanan sebelum ini dan mereka berjaya memanfaatkan peluang.

“Perlawanan hari ini sangat istimewa kerana kelembapan udara yang tinggi. Ia sangat sukar. Sejujurnya, saya benar-benar sudah habis tenaga,” -AGENSI

Continue Reading

Previous: 3,000 pelari meriahkan Larian Separuh Maraton Jambatan Batang Lupar 1 2026
Next: Scaloni anggap aksi separuh akhir menentang England sekadar perlawanan bola sepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.