Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan lolos pemeriksaan polis berakhir dengan penahanan dua suspek positif dadah
  • JENAYAH

Cubaan lolos pemeriksaan polis berakhir dengan penahanan dua suspek positif dadah

Utusan Sarawak 8 hours ago
DUA lelaki tempatan ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam satu kejadian kejar-mengejar yang bermula di simpang Roban sebelum berakhir berhampiran Kampung Pantar, petang semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dalam satu kejadian kejar-mengejar melibatkan sebuah kenderaan di Jalan Roban berhampiran Kampung Pantar, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang pada semalam apabila sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dalam keadaan mencurigakan

Menurut beliau, anggota polis cuba menahan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan, namun pemandunya bertindak memecut dan melarikan diri, menyebabkan polis mengejar kenderaan itu dari simpang Roban sehingga berhampiran sebuah rumah di tepi jalan di Kampung Pantar.

“Sepanjang pengejaran, lampu beacon dan siren MPV dihidupkan. Sebaik kenderaan itu berhenti, seorang suspek yang berada di tempat duduk hadapan sebelah penumpang terus keluar sebelum berjaya ditahan.

“Berlaku sedikit pergelutan semasa tangkapan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DSP Mathew berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek serta kenderaan yang digunakan tidak menemui sebarang barang yang menyalahi undang-undang.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 33 dan 24 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Saratok bagi menjalani pemeriksaan lanjut serta ujian saringan air kencing.

Hasil ujian mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine (AMP/Meth).

Semakan turut mendapati suspek berusia 33 tahun mempunyai lapan rekod lampau, manakala suspek berusia 24 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kedua-dua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menggunakan dadah berbahaya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Berang enggan diceraikan, wanita 24 tahun amuk serang suami, ugut bunuh anak
Next: Rasa tidak puas hati antara punca kes tikam pelajar di Banting – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.