Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Rayuan benar Najib hadiri pendengaran rayuan Majlis Peguam 31 Julai ini
  • MAHKAMAH

Mahkamah Rayuan benar Najib hadiri pendengaran rayuan Majlis Peguam 31 Julai ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Seri Najib Tun Razak dibenarkan menghadiri pendengaran rayuan Majlis Peguam berhubung keputusan Lembaga Pengampunan pada 31 Julai ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri pendengaran rayuan oleh Majlis Peguam terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadapnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Abdul Aziz dan Datuk Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan secara sebelah pihak (ex parte) bekas Perdana Menteri itu bagi memperoleh Perintah Mengemukakan Orang Tahanan (OTP) bagi menghadiri prosiding berkenaan.

Peguam M. Naresh, yang mewakili Najib, memohon agar mahkamah mengeluarkan OTP bagi memudahkan kehadiran Najib semasa prosiding itu yang dijadualkan pada 31 Julai ini.

Pada November 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Majlis Peguam bagi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Majlis Peguam memfailkan permohonan itu pada 26 April 2024 dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta Najib sebagai responden.

Ia memohon deklarasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan pada 29 Jan 2024 berhubung permohonan Najib untuk mengurangkan separuh daripada hukuman penjaranya, yang menyaksikan beliau dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028, adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan batal.

Majlis Peguam juga memohon deklarasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan denda Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta dengan syarat kegagalan membayarnya akan melanjutkan tempoh penjara beliau selama setahun, yang menyebabkan pembebasan awal pada 23 Ogos 2029, adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan batal.

Najib, 71, telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Beliau telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022 yang menyaksikan Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: JTK Sarawak perkukuh penguatkuasaan, tiga kes selesai di Mahkamah Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.