Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Julai
  • SEMASA

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Julai

Utusan Sarawak 7 hours ago
HARGA runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 Julai. Foto janaan AI

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Julai ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF memaklumkan harga runcit RON97 kekal pada RM4 seliter sementara RON95 dan diesel, masing-masing RM3.37 seliter dan RM3.97 seliter.

Bagi harga petroleum bersubsidi, harga RON95 di bawah program BUDI95 dikekalkan pada RM1.99 seliter, diesel (BUDI Diesel) pada RM2.10 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) (RM2.05 seliter) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) (RM2.15 seliter).

Menurut MOF, harga minyak mentah di pasaran global terus menyederhana pada minggu terdahulu dengan perkembangan itu didorong pengurangan premium risiko geopolitik, pemulihan aliran bekalan dan peningkatan persaingan harga dalam kalangan pengeluar utama.

“Namun begitu, perkembangan terkini di Asia Barat termasuk serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran semalam menunjukkan risiko gangguan terhadap harga dan bekalan masih kekal selagi penyelesaian konflik tidak dimuktamadkan.

“Dalam jangka sederhana, jangkaan lebihan bekalan global susulan pemulihan pengeluaran dan penyederhanaan permintaan dijangka mengehadkan kenaikan harga. Namun, sebarang gangguan baharu di laluan perdagangan utama boleh menyebabkan turun naik harga yang ketara,” menurut MOF dalam kenyataanhari ini.

Menurut kenyataan itu, walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MCMC perkukuh kerjasama perluas liputan internet di sempadan Sarawak-Kalimantan
Next: Kerajaan kekal had umur persaraan penjawat awam 60 tahun – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.