Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia beralih dari skrin ke aktiviti luar, sertai perkhemahan belajar ikhtiar hidup
  • Selatan
  • WILAYAH

Belia beralih dari skrin ke aktiviti luar, sertai perkhemahan belajar ikhtiar hidup

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama peserta yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan Happy Pearl Farm, Kuching.

KUCHING: Belia yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan gajet dan telefon pintar kini dilihat mula diberi alternatif lebih sihat melalui aktiviti perkhemahan yang menekankan kemahiran ikhtiar hidup dan aktiviti luar secara langsung di tapak perkhemahan Pearl Happy Farm, baru-baru ini.

Penganjur memaklumkan antara objektif utama adalah menyediakan ruang aktiviti luar yang lebih sihat berbanding penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan belia.

“Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti ikhtiar hidup termasuk teknik asas perkhemahan, penggunaan katil gantung (hammock), serta pengurusan peralatan asas di kawasan terbuka. 

“Aktiviti tersebut memberi pendedahan praktikal kepada peserta tentang cara hidup di alam semula jadi,” katanya ketika ditemui pemberita Utusan Sarawak.

PELBAGAI juadah turut dihidangkan kepada para peserta.

Mengulas lanjut, penganjuran kali ini menarik kerana pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi, Petra Jaya turut terlibat sebagai fasilitator. 

“Mereka berkongsi pengetahuan termasuk kemahiran asas berkaitan penggunaan gajet secara berhemah serta demonstrasi membuat hammock kepada peserta lain, menjadikan sesi lebih interaktif antara belia.

“Pada waktu malam, peserta turut menyertai aktiviti unggun api yang diisi dengan sesi pengakap, nyanyian serta aktiviti tepuk pengakap. 

“Suasana ini dilihat menggalakkan interaksi sosial secara bersemuka tanpa bergantung kepada telefon pintar,” jelasnya.

AKTIVITI membuat hammock serta unggun api adalah antara aktiviti yang dijalankan di tapak perkhemahan Happy Pearl Farm, Kuching.

Program selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Julai itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun pertama tapak perkhemahan berkenaan, dengan tujuan menyumbang kepada komuniti serta penghargaan kepada peserta tetap yang sering menyertai aktiviti di lokasi tersebut.

Seramai kira-kira 130 peserta termasuk dewasa dan kanak-kanak menyertai program itu, dengan 32 khemah didirikan sepanjang tempoh perkhemahan. 

Program seumpama itu bukan sahaja memberi pengalaman perkhemahan, tetapi juga membina hubungan komuniti serta menggalakkan belia melibatkan diri dalam aktiviti luar yang lebih aktif dan berfaedah.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sebauh Agrofest 2026 kembali, fokus perkasa sektor pertanian tempatan
Next: Pasukan Bahan Berbahaya legakan kebimbangan, tiada gas berbahaya dikesan di tapak SK Beladin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.