Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Rehat Betong bernilai RM10 juta capai 65 peratus kemajuan, siap tahun depan
  • TEMPATAN

Rumah Rehat Betong bernilai RM10 juta capai 65 peratus kemajuan, siap tahun depan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Taklimat Projek Rumah Rehat Betong di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Spaoh, semalam. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

SPAOH: Projek pembinaan Rumah Rehat Betong bernilai sekitar RM10 juta kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 65 peratus dan dijangka siap pada tahun depan, sekali gus bakal memperkukuh kemudahan penginapan rasmi bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program kerajaan di Bahagian Betong.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek itu sedang berjalan mengikut jadual dan memperlihatkan komitmen kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan yang lebih lengkap serta kondusif bagi memenuhi keperluan pentadbiran dan pembangunan di kawasan berkenaan.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas ditemui pemberita selepas menghadiri Taklimat Projek Rumah Rehat Betong di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, semalam.

Beliau berkata, taklimat yang diterima daripada pihak pelaksana menunjukkan perkembangan pembinaan berada pada tahap memuaskan, selain beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memastikan kemudahan itu lebih praktikal, selesa dan memenuhi keperluan pengguna apabila siap kelak.

“Projek ini berjalan lancar. Hari ini kita diberi taklimat yang terperinci dan kemajuan pembinaan telah mencapai 65 peratus. Kita juga membincangkan beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan saya rasa perbincangan itu sangat produktif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Projek Rumah Rehat Betong di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Spaoh, dekat sini semalam.

Menurut Uggah, pembinaan Rumah Rehat Betong amat diperlukan berikutan Bahagian Betong semakin kerap dipilih sebagai lokasi penganjuran pelbagai program rasmi kerajaan, namun masih berdepan kekurangan kemudahan penginapan untuk tetamu rasmi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan sebahagian tetamu yang menghadiri program berskala besar terpaksa mendapatkan penginapan di Sri Aman atau Kuching, sekali gus menimbulkan cabaran dari segi logistik dan pengurusan.

Beliau berkata, kewujudan Rumah Rehat Betong bukan sahaja akan melengkapkan kemudahan sedia ada di bahagian itu, malah meningkatkan keupayaannya sebagai lokasi penganjuran mesyuarat, majlis rasmi dan program kerajaan pada masa hadapan.

“Kita berharap pada tahun depan Betong akan mempunyai Rumah Rehat sendiri. Banyak program rasmi diadakan di sini dan hotel yang ada sangat terhad. Kemudahan ini akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada Betong,” katanya.

Uggah yakin projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual dan menjadi aset penting kepada Bahagian Betong dalam menyediakan kemudahan penginapan rasmi yang lebih berkualiti, sekali gus memperkukuh kelancaran penganjuran program kerajaan serta menyokong agenda pembangunan wilayah itu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis siasat video tular lelaki dipercayai mengasari wanita di Kuching
Next: Sarang burung walit RM81.8 juta dirampas dalam 10 serbuan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.