Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Haji Bujang Rangawan Putin bakal miliki blok pentadbiran baharu
  • Selatan
  • WILAYAH

SK Haji Bujang Rangawan Putin bakal miliki blok pentadbiran baharu

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUASANA penuh semangat mewarnai Kejohanan Sukan Tahunan SK Haji Bujang Rangawan Putin Kali Ke-60 yang menghimpunkan penyertaan empat rumah sukan di Sadong Jaya. Foto UKAS.

SADONG JAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin bakal menerima blok pentadbiran baharu berserta kemudahan tandas menerusi Program Sekolah Daif Fasa 3 selepas tambahan peruntukan projek mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, projek berkenaan pada asalnya diperuntukkan sebanyak RM2.1 juta, namun kos tersebut tidak lagi mencukupi berikutan peningkatan harga pembinaan.

Menurut beliau, Jabatan Kerja Raya Sarawak telah mengemukakan permohonan Notis Perubahan Kos (NOC) kepada Kementerian Ekonomi bagi meningkatkan siling peruntukan kepada RM3.421 juta.

“Kita berharap kelulusan tambahan dana dapat disegerakan supaya proses tender dapat dilaksanakan sebelum kerja pembinaan dimulakan.

RODIYAH Sapiee berucap pada Kejohanan Sukan Tahunan SK Haji Bujang Rangawan Putin Kali Ke-60 di Sadong Jaya semalam. Foto UKAS

“Kementerian Ekonomi juga telah membuat penilaian di lokasi projek dan kemudahan baharu ini akan memberi persekitaran yang lebih selesa, kondusif serta selamat kepada warga sekolah,” katanya ketika berucap pada Kejohanan Sukan Tahunan SK Haji Bujang Rangawan Putin Kali Ke-60 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata cadangan pembinaan sebuah dewan sekolah turut boleh dipertimbangkan sekiranya pihak sekolah berjaya mengenal pasti tapak yang sesuai

Rodiyah turut memaklumkan peruntukan tahunan kepada semua sekolah di kawasan Parlimen Batang Sadong dijangka disalurkan secara serentak sekitar Ogos atau September depan.

Menyentuh penganjuran kejohanan sukan, beliau berkata program seumpama itu bukan sahaja mencungkil bakat murid dalam bidang sukan, malah berperanan membentuk disiplin, sahsiah serta semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

Menurutnya, sokongan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menjadi faktor penting dalam meningkatkan motivasi murid untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan.

KEJOHANAN Sukan Tahunan SK Haji Bujang Rangawan Putin meriah dengan penyertaan empat rumah sukan. Foto UKAS

“Melalui sukan, anak-anak dididik mengenai disiplin, menghormati guru dan rakan-rakan, selain memupuk nilai kerjasama serta kesabaran yang menjadi asas kepada kejayaan mereka,” katanya.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-60 itu menyaksikan penyertaan empat rumah sukan, iaitu Rumah Semangka, Rumah Nenas, Rumah Blueberry dan Rumah Durian dalam pelbagai acara yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Guru Besar SK Haji Bujang Rangawan Putin Hasiah Gidir, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya Abdullah Sam Yusup, Pegawai Perhubungan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Fatimah Majeri serta Yang Dipertua PIBG, Sapiee Hanafi.

Continue Reading

Previous: Permohonan projek khas perlu dirancang secara menyeluruh
Next: Sokongan akar umbi terus kukuhkan kepimpinan Mawan di Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.