Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima motosikal disita, 17 saman dikeluarkan dalam Ops Motosikal
  • Tengah
  • WILAYAH

Lima motosikal disita, 17 saman dikeluarkan dalam Ops Motosikal

Utusan Sarawak 14 hours ago
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan terhadap motosikal di di kawasan Batu 8, Jalan KJD. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Sebanyak lima motosikal disita, manakala 17 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan dalam Op Motosikal (Samseng Jalanan) yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, operasi yang bermula dari 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi tadi di kawasan Batu 8, Jalan KJD tersebut bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan pengubahsuaian motosikal, selain memastikan penunggang mematuhi undang-undang dan spesifikasi kenderaan yang ditetapkan.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 17 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya.

ANTARA motosikal yang disita oleh pihak polis. Foto IPD Meradong

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, mengubah suai ekzos, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, mengubah suai struktur kenderaan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.

“Sebanyak lima buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, IPD Meradong memandang serius kegiatan lumba haram dan pengubahsuaian motosikal kerana bukan sahaja membahayakan penunggang, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak pada waktu malam bagi mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat atau menyalahi undang-undang.

“Selain itu, ibu bapa turut dinasihatkan supaya memastikan anak-anak tidak melakukan pengubahsuaian motosikal, khususnya penggunaan ekzos bising yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan masyarakat setempat,” katanya.

Katanya, operasi tersebut akan diteruskan secara berterusan pada setiap hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya serta membanteras kegiatan lumba haram dan pengubahsuaian motosikal.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Bantuan pelbagai pihak ringankan beban mangsa kebakaran Kampung Assyakirin
Next: Serenna Ellyshes dinobat Ratu Etnik Dayak Samarahan yang pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.