Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sibu tingkat operasi, 65 kenderaan diperiksa
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ Sibu tingkat operasi, 65 kenderaan diperiksa

Utusan Sarawak 16 hours ago
PEGAWAI Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan dalam Ops Motosikal di Jalan Awang Ramli Amit, Sibu, awal pagi semalam. (Kredit foto: Facebook JPJ Negeri Sarawak)

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan di sekitar bandar ini susulan aduan orang ramai berhubung aktiviti lumba haram yang dipercayai kerap berlaku pada waktu malam.

Menerusi Ops Motosikal yang dilaksanakan Unit Operasi JPJ Sibu dari tengah malam hingga awal pagi semalam, rondaan dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar sebelum penguatkuasaan statik diteruskan di Jalan Awang Ramli Amit.

Sepanjang operasi itu, sebanyak 65 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dan beberapa kesalahan dikesan membabitkan pemandu serta keadaan kenderaan.

Menurut JPJ, antara kesalahan yang direkodkan ialah tidak memiliki lesen memandu, gagal mempamerkan tanda pengenalan ‘P’, tidak menyelenggara kenderaan serta pelbagai kesalahan lain berkaitan aspek teknikal kenderaan.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap semua kesalahan yang dikesan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

JPJ menegaskan pihaknya memandang serius sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya termasuk perlumbaan haram dan penggunaan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan.

Sehubungan itu, orang ramai digesa mematuhi undang-undang jalan raya serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras aktiviti yang boleh membahayakan nyawa.

JPJ turut memberi jaminan akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan jalan raya kekal selamat, teratur dan bebas daripada kegiatan yang melanggar undang-undang.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: SMK Saratok rangkul juara keseluruhan MSSB Betong tiga tahun berturut-turut
Next: Tradisi turun-temurun terus dipelihara demi generasi akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.