Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan, syabu bernilai RM552 dirampas di Bintawa Ulu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan, syabu bernilai RM552 dirampas di Bintawa Ulu

Utusan Sarawak 3 hours ago
HASIL Rampasan dadah disyaki syabu

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di Kampung Bintawa Ulu, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar 1.00 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui dadah disyaki jenis syabu seberat 5.02 gram yang dianggarkan bernilai RM552.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 Julai bagi membantu siasatan,” katanya.

Alexson berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada polis.

Beliau menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah kerana kesalahan itu merupakan jenayah serius di sisi undang-undang.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah diminta menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bagi membantu usaha membanteras jenayah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika disabitkan kesalahan.

Oleh Afiq Sallehi

Continue Reading

Previous: Pelajar tingkatan dua cedera dipercayai dibuli rakan sekelas
Next: Tujuh wanita warga asing ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.