Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar tingkatan dua cedera dipercayai dibuli rakan sekelas
  • JENAYAH

Pelajar tingkatan dua cedera dipercayai dibuli rakan sekelas

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

BAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua mengalami kecederaan ringan selepas dipercayai menjadi mangsa buli oleh rakan sekelasnya dalam satu kejadian di sebuah sekolah di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3 Julai.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 10.00 pagi di dalam sebuah kelas apabila mangsa dipercayai ditolak dari arah belakang oleh suspek sehingga terjatuh dan terlanggar struktur besi pada papan putih.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka dan calar pada bahagian lengan kiri sebelum menerima rawatan di Klinik Kesihatan Singai dan disahkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah beberapa kali mengganggu mangsa sebelum ini, termasuk menarik rambut dan menolak mangsa.

“Mangsa turut memaklumkan bahawa suspek sering mengganggu pelajar lain di dalam kelas,” katanya.

Tambahnya, aduan awal mengenai gangguan tersebut pernah dibuat kepada pihak sekolah kira-kira dua minggu sebelum kejadian.

“Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan lanjut kerana berasa takut dan bimbang akan tindakan balas daripada suspek,” katanya.

Mohd Haide berkata, suspek telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakam percakapan saksi, pihak sekolah serta mendapatkan laporan perubatan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Beliau menegaskan bahawa polis memandang serius kejadian buli di sekolah dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan sedemikian.

“Ibu bapa juga digesa sentiasa peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak serta segera berhubung dengan pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki anak mereka menjadi mangsa atau terlibat dalam kegiatan buli,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua pemandu ditahan positif alkohol dalam Op Mabuk di Kota Samarahan
Next: Lelaki ditahan, syabu bernilai RM552 dirampas di Bintawa Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.