Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zii Jia mara ke separuh akhir Terbuka Kanada
  • SUKAN

Zii Jia mara ke separuh akhir Terbuka Kanada

Utusan Sarawak 8 hours ago
Zii Jia ke separuh akhir Terbuka Kanada, penampilan pertama musim ini.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke separuh akhir Terbuka Kanada selepas menewaskan pemain Taiwan, Wang Po-wei 21-15, 21-13 dalam aksi suku akhir di Markham Pan Am Centre pada Jumaat.

Kemenangan yang dicatat dalam tempoh 34 minit itu menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu membuat penampilan separuh akhir pertamanya musim ini.

Pemain ranking ke-60 dunia berkenaan sebelum ini tidak pernah mara ke peringkat separuh akhir mana-mana kejohanan sejak temasya Olimpik Paris 2024.

Menanti Zii Jia pada separuh akhir ialah wakil Jepun, Riki Takei, yang mara dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pertemuan itu adalah yang kedua buat kedua-dua pemain selepas menyaksikan Zii Jia menewaskan Takei pada aksi kelayakan Terbuka Australia di Sydney bulan lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mesir atasi Australia menerusi penentuan penalti, mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia
Next: Argentina terselamat daripada kejutan Cape Verde, mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.