Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia kekal pendirian terhadap Jho Low, tidak terpengaruh keputusan AS – PM Anwar
  • NASIONAL

Malaysia kekal pendirian terhadap Jho Low, tidak terpengaruh keputusan AS – PM Anwar

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin Taman Kobena, hari ini. – Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal dengan pendirian bersandarkan proses perundangan terhadap Low Taek Jho atau Jho Low, walaupun terdapat laporan berkemungkinan ahli perniagaan dalam buruan itu menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan oleh AS berhubung perkara itu adalah urusan negara berkenaan, namun pendirian Malaysia tidak akan terjejas.

“Pendirian Malaysia jelas, kita ikut jalur hukum. Itu soal keputusan negara Amerika Syarikat, urusan mereka. Tapi pendirian kita tidak terpengaruh, terganggu atau tergugat oleh keputusan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini hari ini.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Jho Low adalah antara sekitar 250 individu yang  dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Trump sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu, esok.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau mengambil maklum berhubung penyaluran dana RM1 juta daripada AS untuk projek restorasi Tugu Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-70 pada tahun depan.

Perdana Menteri berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu hadapan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Azam Baki masih ahli Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027 – Ketua Pengarah
Next: JTS, MUDeNR perkukuh kerjasama dengan MIP martabat profesion perancang bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.