Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi landa perairan Miyakojima, Kepulauan Ryukyu Jepun
  • GLOBAL

Gempa bumi landa perairan Miyakojima, Kepulauan Ryukyu Jepun

Utusan Sarawak 10 hours ago

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda perairan barat laut Pulau Miyakojima di wilayah Okinawa, Jepun pada Jumaat, menurut agensi cuaca negara itu.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan gempa itu berlaku pada 1.05 tengah hari waktu tempatan pada kedalaman cetek, dengan gegaran berukuran tiga pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di Pulau Kume.

Pusat gempa dikesan pada 26 darjah utara dan 125.8 darjah timur.

JMA memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Ryukyu di barat daya Jepun pada 0404 GMT Jumaat, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

Pusat gempa itu pada mulanya dikenal pasti berada pada kedalaman 10.0 kilometer, di 25.92 darjah utara dan 125.93 darjah timur.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gelombang haba cetus pembelian panik pendingin hawa di Perancis
Next: Jepun bakal naikkan yuran residensi warga asing secara drastik bermula Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.