Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf stesen minyak PNK tingkat kemudahan bekalan bahan api di Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf stesen minyak PNK tingkat kemudahan bekalan bahan api di Kabong

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir berbincang bersama pegawai agensi berkaitan di lokasi cadangan projek menaik taraf Stesen Minyak Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong di Pekan Kabong, semalam.

KABONG: Cadangan menaik taraf mini stesen minyak sedia ada di Pekan Kabong dijangka meningkatkan kemudahan bekalan bahan api kepada penduduk setempat sekali gus memperkukuh pembangunan ekonomi dan infrastruktur luar bandar di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan bertujuan menyediakan kemudahan bekalan bahan api yang lebih mudah, cepat dan selamat, khususnya kepada komuniti nelayan, petani serta pengguna jalan raya di Kabong.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu juga mampu merancakkan aktiviti ekonomi setempat selain mengurangkan kebergantungan penduduk untuk mendapatkan bekalan minyak dari kawasan yang lebih jauh.

“Projek ini merupakan satu inisiatif penting dalam meningkatkan kemudahan asas dan menyokong pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar, sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti Kabong, khususnya golongan nelayan dan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sesi perbincangan projek Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi cadangan menaik taraf Stesen Minyak Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong di Dewan PNK Kabong, semalam.

TINJAUAN… Dato Mohd Chee Kadir bersama pegawai agensi berkaitan meninjau lokasi cadangan menaik taraf Stesen Minyak PNK Kabong di Pekan Kabong.

Menurutnya, stesen minyak berkenaan terletak di Pekan Kabong di atas tanah milik PNK Kabong dengan keluasan kira-kira 1,282 meter persegi atau 0.3 ekar.

Dalam perbincangan itu, beberapa isu dan cabaran turut dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, termasuk usaha mendapatkan pembekal minyak yang bersesuaian, penyediaan lakaran kedudukan dan reka bentuk stesen serta keperluan mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa berkaitan.

Turut dibincangkan ialah cadangan supaya stesen minyak berkenaan diurus dan dikendalikan sendiri oleh PNK Kabong menerusi konsep Dealer Own Dealer Operate (DODO) bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan dan memberi pulangan kepada persatuan.

Hadir sama Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey; Pegawai Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU Sarawak), Sophia Gira; Pegawai Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Elonna Edward serta beberapa pegawai agensi berkaitan.

Chee Kadir berharap semua pihak berkaitan dapat memberikan kerjasama bagi merealisasikan projek berkenaan demi memastikan penduduk Kabong menikmati kemudahan bekalan bahan api yang lebih cekap, selamat dan berkualiti pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan, lampu solar dan dewan serbaguna ubah wajah Lubok Nibong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.