Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Najis burung cemari Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban
  • Tengah
  • WILAYAH

Najis burung cemari Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban

Utusan Sarawak 10 hours ago
MOHAMAD Duri ketika melakukan tinjauan di Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban, semalam. Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Masalah kebersihan Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban yang dicemari najis burung akan diberi perhatian segera bagi memastikan kemudahan itu kekal selesa dan selamat digunakan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata beliau mengambil maklum aduan yang dikemukakan Ketua Kaum Kampung Melayu Roban, Ali Nusi berhubung keadaan gelanggang sepak takraw yang menjadi lokasi burung hinggap sehingga menyebabkan lantainya kotor.

Beliau berkata susulan aduan itu, beliau berkesempatan meninjau sendiri keadaan semasa gelanggang berkenaan bagi melihat tahap kerosakan dan masalah yang dihadapi.

“Hasil tinjauan mendapati lantai gelanggang serta kerangka besi dipenuhi najis burung, sekali gus menjejaskan kebersihan dan keselesaan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Duri berkata keadaan itu bukan sahaja mengganggu aktiviti riadah, malah boleh menimbulkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada pemain yang menggunakan gelanggang tersebut.

Menurut beliau, beberapa kaedah telah dibincangkan bersama pihak berkaitan bagi mengatasi masalah burung hinggap dan membuang najis di kawasan gelanggang berkenaan.

MOHAMAD Duri meneliti keadaan lantai dan kerangka Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban yang dipenuhi najis burung sehingga menjejaskan keselesaan pengguna. Foto ADUN Kalaka

Katanya, antara cadangan yang dipertimbangkan ialah pemasangan sistem atau peralatan penghalang burung yang bersesuaian supaya masalah itu dapat diatasi secara berkesan dan berpanjangan.

Beliau menegaskan usaha penyelesaian itu penting bagi memastikan Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban terus berada dalam keadaan bersih serta kondusif untuk digunakan masyarakat.

Mohamad Duri menambah kerajaan sentiasa komited memastikan kemudahan awam di kawasan luar bandar diselenggara dengan baik agar memberi manfaat kepada penduduk, khususnya golongan belia yang aktif dalam kegiatan sukan.

Beliau turut menggesa semua pihak terus bekerjasama memelihara kemudahan awam demi memastikan gelanggang tersebut kekal menjadi lokasi riadah yang selamat, bersih dan selesa untuk komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Michael Kong hulur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Lorong Seng Goon
Next: Jalan, lampu solar dan dewan serbaguna ubah wajah Lubok Nibong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.