Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo dan Modric berdepan masa, aksi terakhir di pentas Piala Dunia
  • SUKAN

Ronaldo dan Modric berdepan masa, aksi terakhir di pentas Piala Dunia

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR gabungan ini menunjukkan penyerang Portugal #07 Cristiano Ronaldo (kiri) dan pemain tengah Croatia #10 Luka Modric (kanan). Foto AFP

ATLANTA, Amerika Syarikat: Cristiano Ronaldo dan Luka Modric bakal mencipta sejarah apabila dua pemain padang berusia lebih 40 tahun bertemu buat pertama kali di Piala Dunia, ketika Portugal menentang Croatia dalam aksi pusingan 32 pada 7.00 pagi esok (waktu Malaysia).

Namun kedua-dua bintang itu kini berdepan persoalan sama ada status mereka sebagai wira negara lebih menjadi beban berbanding membantu peluang pasukan untuk mara jauh dalam kejohanan ini.

Sebelum kejohanan ini, hanya Roger Milla dari Cameroon pernah bermain di Piala Dunia sebagai pemain outfield selepas berusia 40 tahun.

Ronaldo dan Modric, yang pernah memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara dalam tempoh enam musim bersama Real Madrid, telah lama menentang batas usia, namun kini jelas menunjukkan tanda-tanda usia dalam apa yang hampir pasti menjadi penampilan terakhir mereka di pentas global.

Pada usia 41 tahun, Ronaldo melaungkan “Saya kembali” selepas menjaringkan dua gol menentang Uzbekistan, sekali gus menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia.

Namun di sebalik kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan ranking ke-60 dunia itu, Portugal gagal menewaskan Republik Demokratik Congo dan Colombia, sekali gus jatuh ke laluan lebih sukar dalam undian.

“Saya sudah 23 tahun menjadi pemain profesional dan setiap kali keadaan tidak baik, orang akan kata ‘Cristiano sudah tamat, dia sudah tua’,” kata Ronaldo.

Penyerang itu bermain setiap minit dalam saingan kumpulan, dan pengendali Portugal, Roberto Martinez tidak menunjukkan tanda untuk merehatkan pemenang lima Ballon d’Or itu.

“Tiada isu dari segi fizikal atau mental untuk Cristiano bermain 90 minit,” kata Martinez selepas Ronaldo hanya mencatat dua sentuhan dalam kotak penalti menentang Colombia.

– Melindungi ego Ronaldo –

Selepas permulaan perlahan di Piala Dunia empat tahun lalu, Ronaldo pernah digugurkan Fernando Santos bagi memberi ruang kepada Goncalo Ramos.

Penyerang AC Milan itu terus mencetak hatrik dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland, namun kekalahan 1-0 kepada Maghribi di suku akhir menyebabkan tempohnya di bangku simpanan tidak bertahan lama dan Santos kemudian dipecat.

Tanggapan bahawa Martinez “mensia-siakan” generasi berbakat Portugal demi melindungi Ronaldo semakin meningkat setiap kali prestasi hambar dipamerkan.

Portugal memiliki ramai pemain tengah berbakat, namun Joao Neves dan Bernardo Silva hanya bermula di bangku simpanan ketika menentang Colombia.

Namun, walaupun dibantu jentera tengah berkualiti, jaringan Ronaldo menentang Uzbekistan kekal sebagai satu-satunya gol bukan penalti dalam 14 perlawanan terakhir di kejohanan besar.

Modric, 40, turut bergelut apabila Croatia tewas 4-2 kepada England dalam aksi pembukaan di Dallas.

Dia dikenakan penalti selepas melakukan kekasaran terhadap Noni Madueke dan kemudian dikeluarkan sebelum tamat babak pertama.

Croatia bangkit selepas itu untuk meraikan penampilan ke-200 Modric apabila menewaskan Panama 1-0.

Dengan pencapaian itu, Modric menjadi pemain keempat mencapai 200 penampilan antarabangsa, menyamai Ronaldo.

Gelandang AC Milan itu kemudian membantu jaringan Nikola Vlasic ketika Croatia menewaskan Ghana 2-1.

Croatia yang muncul naib juara 2018 turut mara ke separuh akhir empat tahun lalu, dengan Modric menjadi tonggak utama kejayaan tersebut bagi negara berpenduduk kurang empat juta orang.

Pertemuan pusingan 16 berkemungkinan menentang Sepanyol menanti pemenang di Toronto.

Namun bagi salah seorang legenda bola sepak itu, tirai Piala Dunia dijangka akan melabuhkan pada edisi kali ini di Kanada. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Garcia puji Tielemans selepas selamatkan pasukan di Piala Dunia
Next: Portugal, Croatia berdepan cuaca panas melampau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.