Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM Bintulu mohon ibu kandung, waris tampil bantu urusan kebajikan dua kanak-kanak
  • Utara
  • WILAYAH

JKM Bintulu mohon ibu kandung, waris tampil bantu urusan kebajikan dua kanak-kanak

Utusan Sarawak 7 hours ago
ORANG ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris sah dua kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu bagi tindakan lanjut. Foto PKM Bintulu

BINTULU: Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Bahagian Bintulu sedang mengesan ibu kandung atau waris sah kepada dua kanak-kanak lelaki bagi tujuan tindakan lanjut berkaitan kebajikan dan perlindungan mereka.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, PKM Bahagian Bintulu memaklumkan usaha mengesan waris dilakukan bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap bentuk penjagaan atau penempatan yang paling sesuai demi kepentingan terbaik kanak-kanak terbabit.

Dua kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Petrus Isau Kuni, 4 tahun, dan Peter Davidson Kuni, 8 tahun.

Menurut kenyataan, kedua-dua kanak-kanak terbabit ditemui di Sungai Plan, Bintulu pada 14 Februari 2023.

PKM Bahagian Bintulu turut memberi jaminan bahawa kerahsiaan ibu kandung yang tampil akan dipelihara sepenuhnya.

Kehadiran ibu kandung atau waris adalah penting bagi membantu proses penilaian dan menentukan penempatan yang bersesuaian mengikut keperluan serta kebajikan kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, ibu kandung atau waris sah diminta tampil dan menghubungi Pegawai Pelindung, Nor Aindatul Akmal Baharuddin di talian 086-332341, atau hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu bagi urusan selanjutnya.

Hebahan media tersebut telah mendapat kebenaran Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Bintulu selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, bagi membantu usaha mengesan waris kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: BINTULU

Continue Reading

Previous: Taste of Borneo 4.0 raikan kepelbagaian budaya, angkat imej Miri
Next: APM Marudi bertindak pantas musnah sarang serangga berbisa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.