Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Nagelsmann pertahan jawatan, khabar angin Klopp semakin hangat selepas Jerman tersingkir mengejut
  • SUKAN

Nagelsmann pertahan jawatan, khabar angin Klopp semakin hangat selepas Jerman tersingkir mengejut

Utusan Sarawak 4 hours ago

Julian Nagelsmann (depan) menegaskan beliau tidak akan melarikan diri daripada tanggungjawab selepas Jerman tersingkir daripada Piala Dunia. — Foto AFP

BOSTON: Ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann menegaskan beliau mahu terus kekal mengendalikan pasukan kebangsaan walaupun skuad empat kali juara dunia itu tersingkir mengejut pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Paraguay, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Nagelsmann yang mempunyai kontrak sehingga Kejohanan Eropah 2028 kini berdepan tekanan hebat susulan kegagalan Jerman mara lebih jauh dalam kempen Piala Dunia kali ini.

“Saya bukan individu yang akan melarikan diri,” katanya kepada penyiar Jerman, ZDF.

“Saya mahu teruskan tugas ini, tetapi dalam bola sepak, tidak semuanya berada dalam kawalan sendiri.

“Jika DFB (Persekutuan Bola Sepak Jerman) masih mahukan saya, saya akan membuat persiapan untuk Kejohanan Eropah dan Liga Negara-Negara,” katanya.

Kekalahan kepada Paraguay turut mencatat sejarah pahit buat Jerman apabila ia menjadi kali pertama mereka tewas dalam penentuan penalti di Piala Dunia.

Pada masa sama, bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang hadir di Massachusetts sebagai penganalisis untuk penyiar Jerman, MagentaTV, kembali dikaitkan sebagai calon pengendali skuad kebangsaan.

Jurgen Klopp yang hadir di Massachusetts sebagai penganalisis untuk penyiar Jerman, MagentaTV, kembali dikaitkan sebagai calon pengendali skuad kebangsaan. Foto fail AFP

Bagaimanapun, Klopp enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi berkenaan.

“Saya faham mengapa nama saya disebut-sebut, tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkannya, lebih-lebih lagi dengan saya,” katanya.

Nagelsmann sebelum ini menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pasukan walaupun Jerman dikejutkan dengan penyingkiran awal di pentas Piala Dunia. – AFP

Continue Reading

Previous: Piala Dunia 2026: Perancis kekal dengan corak menyerang berdepan Sweden
Next: Jerman persoal identiti bola sepak selepas gagal lagi di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.