Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Denmark

Facebook
WhatsApp
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yiktewas kepada pasangan Indonesia dalam aksi final Terbuka Denmark.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober: Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran berganda buat Malaysia di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara itu kalah straight set, 8-21, 11-21 dalam tempoh 31 minit.

Ini merupkaan kekalahan ketiga buat pasangan negara kepada beregu Indonesia tersebut dalam lima pertemuan sebelum ini.

Terdahulu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menceriakan peminat badminton tanah air apabila muncul juara Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita. – Bernama