Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai diminta bantu kesan lelaki hilang di Padawan
  • Selatan
  • WILAYAH

Orang ramai diminta bantu kesan lelaki hilang di Padawan

Utusan Sarawak 3 hours ago
CAJETAN Vincent, 27, hilang sejak Ahad lalu.

KOTA PADAWAN: Polis Padawan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Kampung Kuang, Batu 21, Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, Balai Polis Beratok menerima laporan kehilangan lelaki itu kira-kira 11.28 pagi semalam.

Beliau berkata, lelaki yang hilang dikenali sebagai Cajetan Vincent, 27, berbangsa Bidayuh, dan kali terakhir dilihat kira-kira 4.00 pagi, Ahad lalu.

Menurutnya, Cajetan dipercayai menunggang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna hitam ungu dengan nombor pendaftaran QCT5240 ketika kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Beratok, Sarjan Mohamad Nayan Harun di talian 011-4065 9077, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mohd Irwan berkata, kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu mengesan lelaki yang dilaporkan hilang itu.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Loji Batu Kitang dipertingkat, bekalan air Kuching dan Samarahan lebih kukuh
Next: Tandas awam di Miri kini percuma mulai 1 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.