Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki maut terjatuh dari tingkat 14 apartmen
  • TEMPATAN

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 14 apartmen

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAUT TERJATUH… Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen di Jalan Batu Lintang. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki berusia lingkungan 40an ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen di Jalan Batu Lintang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.15 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bergegas ke lokasi yang terletak sekitar satu kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati tersangkut di tingkat empat bangunan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menunggu ketibaan pihak polis sebelum menyerahkan mangsa untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Kana Tawi dengan kekuatan 11 anggota menggunakan sebuah jentera bomba penyelamat (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Jurulatih Paraguay puji kemenangan ‘luar biasa’ ke atas Jerman di Piala Dunia
Next: SSTR Pakej A1-B jadi jalan berkembar empat lorong bertingkat pertama Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.